Tuesday, February 28, 2017

Pelajaran tauhid yg sangat bernilai

Pelajaran tauhid  yg sangat bernilai ...

Dahulu kala, ada seorang petani miskin memiliki seekor kuda putih yang sangat cantik dan gagah..

Suatu hari, seorang saudagar kaya ingin membeli kuda itu dan menawarkan harga yang sangat tinggi.. Sayang si petani miskin itu tidak menjualnya.. Kawan2nya mentertawakan dan mengejek karena dia tidak menjual kudanya..

Keesokan harinya, kuda itu hilang dari kandang nya..

Maka teman-temannya berkata : "Sungguh malang nasibmu, padahal kalau kemarin kamu jual, kamu kaya, sekarang kudamu sudah hilang.."
Si petani miskin hanya diam saja tanpa berbicara...

Beberapa hari kemudian, kuda si petani kembali , bersama 5 ekor kuda liar lainnya..
Lalu teman-temannya berkata : "Wah..! Untung sekali nasibmu, ternyata perginya kudamu membawa keuntungan.."
Si petani  tetap hanya diam saja..

Beberapa hari kemudian, anak si petani yang sedang melatih kuda-kuda baru mereka terjatuh dan kakinya patah..
Kawan2nya berkata : "Rupanya kuda-kuda itu membawa malang, lihat sekarang anakmu kakinya patah.."
Si petani tetap diam tanpa berbicara..

Seminggu kemudian terjadi peperangan di wilayah itu, semua anak muda di desa dipaksa untuk berperang, kecuali si anak petani karena tidak boleh berjalan..

Teman-temannya mendatangi si petani sambil menangis : "Untung sekali nasibmu kerana anakmu tidak ikut berperang, kami harus kehilangan anak-anak kami.."

Si petani kemudian berkata :
"Janganlah terlalu cepat membuat kesimpulan dengan mengatakan nasib baik atau malang..
Semuanya adalah suatu rangkaian proses yang belum selesai...
Syukuri dan terima keadaan yang terjadi saat ini..
Apa yang kelihatan baik hari ini belum tentu baik untuk hari esok..
Apa yang buruk hari ini belum tentu buruk untuk hari esok..
Tetapi yang pasti, ALLAH paling tahu yang terbaik buat kita...
Bahagian kita adalah, mengucapkan syukur dalam segala hal, sebab itulah yang dikehendaki ALLAH di dalam hidup kita ini..

Jalan  yang dibentangkan ALLAH belum tentu yang tercepat, bukan pula yang termudah.. tapi sudah pasti yang terbaik..."

Semoga dapat mengambil iktibarnya.

Wallahua'lam..

#Aizone

Sekeping HATI

Sekeping HATI

Apabila meningkat usia, hati makin sensitif, mudah terasa dan merajuk. Bukan orang cinta cinta saja suka merajuk, orang tua memasuki usia emas juga mudah terasa hati walaupun sebelumnya adalah seorang yang berjiwa kental dan tidak ambil peduli.

Tambahan dengan anak anak. Bukannya bila suruh anak buat sesuatu atau bila kita meminta sesuatu, apabila anak buat tak tahu dan tidak ambil peduli, kita rasa relax aja. Sungguh, ibu atau bapa pasti terasa hati dan berdukacita. Sedih bertingkat tingkat. Kadang tu apabila anak bersuara agak kuat, pun dah bergegar hati, takut anak jadi derhaka sebab anak terlupa sempadan neraka syurga.

Dah tua tua lagi mudah nak kecik hati dengan perangai anak anak. Minta tolong anak picit kaki, anak kata penat. Suruh anak  buat sesuatu, bertangguh tangguh. Ajak buat kebajikan, ada alasan. Terasa hati dan kecik hati dah macam bersarang dalam jiwa.

Tapi hati seorang ibu, kerana takut anak ke neraka, takut anak jadi derhaka, dia rela mendiamkan diri dan menangis sambil dalam hatinya istighfar. Melawan bisikan syaitan yang gembira apabila anak jadi derhaka. Berkata 'uhh' pun sudah dianggap derhaka apatah lagi jika anak melawan, membantah atau tidak ambil peduli permintaan emak bapanya.

*Seorang ibu tidak rela anaknya disakiti sejak lahir, alangkan nyamok gigit pun dia sanggup berperang mengejar nyamok, apatah lagi membiarkan langkah kaki anaknya menuju ke neraka. Sia sia mengandung, melahir, menyusu, mengasuh, mendidik dengan susah payah kemudian membiarkan anak ke neraka atas sebab anak tidak reti menjaga hatinya. Tidak sama sekali.*

Sepenuh jiwa raga saya abaikan bisikan syaitan dari mendoakan sesuatu yang buruk kepada anak. Istighfar, zikir atau doa supaya Allah ampunkan dosa dosa kita dan anak kita. Tak sanggup anak menjadi derhaka kerana kita merasa kecik hati. Kasihan anak. Kita kena usaha ubat hati kita supaya tidak terus berasa kecik hati dengan anak anak. Anak anak tu pun sebenarnya sedang diuji oleh tuhannya agar menjaga iman dan akhlak.

Oleh itu wahai ibu ibu diluar sana, jangan sekali kamu berasa kecik hati dengan anak kamu. Mudahkan urusan agar kamu tidak mudah merajuk dengannya. Jika syaitan mengajak bersongkokol dengannya, segera menjauhkan diri. Istighfar jangan berhenti. Zikir, tasbih, takbir terus dialunkan sampai bergema di dalam tempurung kepala. Doakan yang baik baik untuk anak itu. Selagi masih ada rasa merajuk, teruskan berzikir dan beristighfar.

Sayang anak bukan sahaja semasa di dunia tetapi nak kumpul bersama sama dengan anak di mahsyar nanti sambil berjalan menuju ke syurga.  Terus terusan berdoa agar Allah beri petunjuk dan jalan keluar sebarang masalah yang sedang dihadapi.

Sebab tu hati ibu, apabila selepas anaknya membantah suruhannya, dia masih boleh sembang dengan anak, boleh  gurau gurau dengan anak. Ketepi segala bisikan syaitan. Sebab mahu anaknya ke syurga. Tak mahu anaknya tergolong dalam golongan orang derhaka. Seorang ibu sanggup nangis di dunia dari dia nangis diakhirat nanti apabila cari anak tak jumpa jumpa.

Seorang ibu yang pengasih setiap malam doa, meredhakan anak anak, mengampun dosa anak anak, walau anak takde minta ampun kepadanya.  Doa doa kan yang baik baik untuk anaknya. Supaya apabila mati, dosa anak anak dengan telah terhapus. Seorang ibu tidak akan dendam dengan anaknya, kerana itu kerja sia sia.

Jadi wahai suri suri, jaga iman  jaga lah hati jangan sampai kita terdetik doa yang bukan bukan kepada anak kita. Rugi sangat, kesal sangat jika anak kita tak menjadi soleh atas kerana kita selalu nak kecik hati dan merajuk.

Utamakan anak kita kerana kita menunggu doanya di alam barzakh nanti. Doa anak orang belum  ada jaminan sampai ke kita.

Semua boleh jadi ibu solehah, semua boleh share status ini.

Tips bila hati rasa sebak dengan anak, bawa baring pejam mata menangis tapi dalam hati jangan berhenti istighfar, minta ampun dengan Allah. Jangan layan bicara hati yang sedih dan duka.

#CATATANMENJELANGKEMATIAN

MUSIBAH AKHIR ZAMAN?

Saya perturunkan teks khutbah imam Masjidil Haram tentang bahayanya media sosial, ia panjang tapi bacalah pelan2, lepas tu bagilah pandangan berkaitan dgn apa yg sedang dibincang ini;

MUSIBAH AKHIR ZAMAN?

Imam Masjidil Haram Asy-Syaikh Su’ud Asy-Syuraim ketika membaca khutbah Jumaat beliau berkata:

"Adakah kita  tidak melihat perubahan dalam hidup kini setelah masuknya Whats App, Facebook, Instagram dan lain-lainnya dalam kehidupan kita?

Hal ini merupakan ghazwul fikri (perang pemikiran) yang menyerang akal, namun sangat sayang kita telah tunduk padanya dan kita telah jauh dari deen Islam yang lurus dan dari zikir kepada Allah Ta'ala.

Kita telah menjadi penyembah-penyembah dan penagih Whats App, Twitter, Facebook, Youtube, Instagram dan seangkatan dengannya.

Kenapa hati kita menjadi keras? Itu akibat seringnya kita melihat video yang mengasyik dan melalaikan dan juga kejadian2 yang di share di Whats App.

Banyak perkara pelik-pelik dan hiburan di sana sini yang melalaikan.

Hati kita kini mempunyai kebiasaan yang tidak lagi takut pada sesuatu pun. Oleh itu hati mula mengeras seperti batu.

Kenapa kita berpecah belah dan kita putus tali persaudaraan?

Kerana kini silaturrahim kita hanya melalui Whats App saja, seakan-akan kita bertemu di alam maya sahaja setiap hari.

Namun bukan begini tata cara bersilaturrahim dalam agama Islam. Kita bongkak dengan diri kita, teknologi di hujung jari kita ada.

Kenapa kita sangat sering mengumpat, padahal kita tidak sedang duduk dengan seorang pun.

Itu kerana saat kita mendapatkan satu message yang berisi ghibah (umpatan) terhadap seseorang atau suatu kelompok, dengan cepat kita sebar ke group2 lain.

Dengan begitu cepatnya kita mengghibah (mengumpat), sedang kita tidak sedar berapa banyak dosa yang kita dapatkan dari hal itu setiap hari.

Sayang sungguh, kita telah menjadi penagih teknologi ini.

Kita makan, handphone ada ditangan kiri kita. Kita duduk bersama teman-teman, HP ada di genggaman.

Suami-isteri tidak bertegur. Isteri lupakan kebaikan suami. Terlalu sibuk dengan handphone di tangan.

Berbicara dengan ayah dan ibu yang wajib kita hormati, akan tetapi hand phone ada di tangan pula.

Sedang memandu, HP juga di tangan. Hinggakan anak-anak kita pun telah kehilangan kasih sayang dari kita, kerana kita telah berpaling dari mereka dan lebih mementingkan handphone.

Aku tidak ingin mendengar seseorang yang memberi pembelaan pada teknologi ini. Kerana sekarang, jika sesaat saja HP kita tertinggal betapa kita merasa sangat kehilangan.

Adakah perasaan seperti itu ada juga pada ketika solat dan tilawatul Quran?

Adakah kita yang mengengkari hal ini? Dan siapakah yang tidak mendapatkan perubahan negatif dalam kehidupannya setelah masuknya teknologi ini pada kehidupan seseorang muslim dan setelah menjadi ketagih?

Demi Allah, siapakah yang akan menjadi teman kita nanti di kubur? Apakah Handphone?

Mari kita sama-sama kembali kepada Allah, jangan sampai ada hal-hal yang menyibukkan kita dari tanggungjawab dan agama kita.

Kita tidak tahu berapakah sisa-sisa umur kita.

Jangan disembunyikan nasihat ini, agar tidak menjadi seseorang yang menyembunyikan ilmu.

Semoga handphone yang kita miliki adalah wasilah (alat) untuk kebaikan dan bukan wasilah dalam keburukan.

# copy & paste.

Wallahu a'lam...

Iman kita hari ini penuh dgn KERAGUAN

Iman kita hari ini penuh dgn KERAGUAN...
Ragu terhadap janji Allah..
Ragu terhadap Ajaran Nabi SAW
Ragu terhadap kubur..
Ragu terhadap akhirat..

Buktinya?
Kita sentiasa tepati waktu office tapi tak dapat tepati masa untuk solat di awal waktu..

Kita buat kerja penuh adab, tertib untuk sukakan bos..
tapi bila solat nak cepat selesai sampai rukuk dan sujud tak sempurna di hadapan Allah..ada yang langsung tak solat...perintah ALLAH yg menciptakan makhkuk  pun tak patuhi, masakan patuh n ikut janji sesama makhluk.

Kita segera tinggalkan apapun urusan bila bos panggil kita.. tapi kita tak mampu tinggalkan urusan dunia bila seruan azan memanggil kita..

Kita risau tak da duit esok nak makan apa? Tapi kita tak risau kalau esok mati cukup tak bekal amal kita?

Kita yakin hari esok masih ada, seolah-olah mati tak akan datang dengan tiba-tiba.. sedangkan malaikat maut mendatangi kita 70 kali sehari..

MashaAllah terasa.
Malunya dengan ALLAH yang maha esa...
Berdosanya dgn ALLAH yang menjadikan kita.

Monday, February 13, 2017

Perkara kena tahu tentang keta

Anda Jangan berani memiliki kereta sendiri kalau tidak tahu perkara penting ini dn klau ada yg tertinggal tolong msukkn di ruangan komen ni agar kita semua dpt berkongsi ilmu sesama kita semua😉

1. minyak hitam (Mengikut paras had & jenis minyak)
2. oil filter (tukar semasa menukar minyak hitam)
3. spark plug (tukar setiap 30,000 km)
4. battery (tambah air setiap kali servis)
5. belting (tukar setiap 80,000km)Tidak perlu tukar water pump jika tiada mslh bearing kasar atau bocor.Jimat duit jimat belanja.Kita kn org susah..
6. clutch plate (mengikut keadaan)
7. fuel filter (tukar setiap 30,000km)
8. air filter (tukar setiap 30,000km)
9. gear oil (tukar setiap 20,000km)
10. brake fluid (mengikut keadaan)
11. brake pad (Mengikut keadaan)
12. power steering fluid
13. radiator coolant (tukar setiap 40,000km)
14. wiper (tukar setiap 30,000km)
15. air conditioner (Servis filter dan suis dibuka 1/2)
16. tyre (pam pada setiap bulan)
17. radio (Memastikan ditutup pada setiap mati enjin)
18. radiator (Pastikan dibersihkan menggunakan air paip)
19. fan radiator + aircon (Pastikan kipas hidup bila temp 1/2))
20. lamp bulb (Periksa lampu setiap minggu)
21. steering alignment (servis setiap 20,000km)
22. power window (Check setiap suis power window)
23.Beli kereta memahal kalau membelok x reti nak bg signal sila pergi meninggal.
24.Angin spare tayar dan spanar bukak tayar serta jack pastikan sentiasa ada.
25.Kalau park kereta di tengah panas pastikan ajuct lubang angin aircond tu pkai udara luar agar haba panas dlm kereta mudah bebas.
26.Utk kereta2 injection pastikan minyak petrol sentiasa cukup.Jngan smpai lampu warning dah menyala baru nak topup minyak.Fuelpump mudah rosak jika diamalkn begitu.
27.Sentiasa rajin check fan belt pastikan dlm keadaan baik.
28.Utk pengguna kereta auto pastikan enjin panas terlebih dahulu baru mulakan perjalanan.Bergerak waktu enjin sejuk punca utama gearbox auto mudah rosak...
29.Jangan main tambah2 minyak hitam jika enjin dah mempunyai penyakit mkn minyak hitam.
30.Utk enjin jenis yg pakai carberater pastiksn pump padel minyak sekali sahaja sebelum enjin dihidupkan agar senang hidup.Jenis enjin yg pakai carberater mmg susah skit nk hidup.Nak senang hidup pump padel minyak sekali sahaja sebelum start.Kebaikannya juga stater motor tahan lama.Enjin yg susah hidup la punca stater cepat rosak.
31.Mencegah lebih baik dari merawat.Setiap kali masuk kebengkel utk service mintak tolong abang2 pomen checkkan kereta anda A to Z agar anda mudah tahu kalau2 ada benda2 yg bermslh dan perlu ditukar..
Berpesan pesan Amalan Mulia.
Kecam is neraka 😉😉😉
Terima tu...😎