Monday, March 27, 2017

Ilmu cia cia cia

Ilmu cia cia cia ini bukan payah sangat pun. Senang sahaja. Cuma kaitkan perbezaan atau persamaan dengan sesuatu objek.

Tidak perlu pergi jauh. Cuma lihat sekeliling. Apa yang kita nampak, tangkap. Sematkan dalam minda. Dan ligatkan sedikit otak untuk berfikir.

Kata mahu cinta dan kasih sayang. Ilmu memikat ini tinggi nilainya.

Ok. Contoh, kita nampak jam. Kaitkan perbezaan atau persamaan dengan jam.

"Apa persamaan jam dengan awak?"

"Jam berdetik di dinding. Awak berdetik di hati saya."

Ha nampak. Lagi, cuba tengok apa yang ada di sekeliling. Oleh sebab saya sedang berbaring, saya nampak kipas.

(Perlahan pula kipas ini. Habuk kot).

"Apa persamaan kipas dengan awak?"

"Kipas berpusing di siling. Awak berpusing-pusing dalam hati saya."

Ha, senang kan.

Kaitkan dengan apa sahaja. Lampu, dinding, kain, motosikal, jalan, awan, pokok, rokok, duit, kereta, cendol, baju, kasut, ah semualah.

Cendollah pun boleh?

Boleh.

"Apa perbezaan cendol dengan awak?"

"Cendol membuatkan kerongkong saya sejuk. Wajah awak membuatkan hati saya menjadi sejuk."

Ha begitu.

Selamat mencuba.

CADANGAN EVIDENCE

CADANGAN EVIDENCE yang perlu disediakan oleh guru untuk penarafan kendiri SKPMg2 Standard 4:

1. Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT)
2. Rancangan Pelajaran Harian (RPH) - mesti lengkap menunjukkan ada pelbagai strategi pengajaran, objektif boleh diukur, refleksi dicatatkan, pentaksiran/penilaian dicatat dalam aktiviti dan BBM/BBB
3. ABM/BBM/BBB
4. Hasil kerja murid - buku latihan, lembaran kerja, karya murid, projek murid
5. Bahan hasil perbincangan murid
6. Latihan pemulihan & latihan pengayaan
7. Bahan pentaksiran - borang atau latihan @ bahan pentaksiran
8. Borang perekodan TP @ Band
9. Gambar aktiviti murid, gambar ketika guru menggunakan sistem kawalan kelas, sistem untuk mengenal pasti kefahaman murid dan sebagainya
10. Bahan TMK/site VLE-frog berserta bahan latihan di dalamnya
11. Buku catatan untuk merekod nama murid yang bertanyakan soalan di dalam kelas

Hak cipta terpelihara Sisc Azura

Sunday, March 26, 2017

11 TIPS PRAKTIKAL URUS KEWANGAN UNTUK BISNES KECIL

11 TIPS PRAKTIKAL URUS KEWANGAN UNTUK BISNES KECIL

Sama ada kita buat bisnes besar atau kecil, prinsipnya tetap sama. Kewangan bisnes mesti diuruskan dengan baik.

Seringkali bisnes kecil seperti penjaja atau penjual gerai tidak menguruskan kewangan dengan baik. Banyak bisnes online kecil-kecilan gagal uruskan kewangan secara sewajarnya.

Kegagalan menguruskan kewangan ini mempunyai implikasi besar. Kita tidak tahu berapa untung dan rugi. Akibatnya, kita ingat bisnes untung besar dan mula belanja sakan.

Selain itu sekiranya kita nak buat pinjaman membesarkan bisnes nanti, kita tak ada rekod yang teratur. Susah nak buat pinjaman.

Di sini saya berikan 11 tips praktikal bagaimana menguruskan rekod kewangan untuk bisnes kecil sebegini.

1. Buka akaun bank untuk bisnes. Usah campur-aduk dengan akaun peribadi. Semua pendapatan bisnes dimasukkan dalam akaun bank. Mulakan disiplin pengurusan kewangan walaupun bisnes kita masih kecil.

2. Beli satu fail dan failkan semua resit dan dokumen kewangan. Usah simpan dalam envelope, nanti hilang.

3. Kemaskinikan fail kewangan setiap hari. Usah tunggu esok atau lusa. Sebahagian besar masalah pengurusan kewangan bisnes kecil ini ialah usahawan tidak ada motivasi menguruskan wang (sebab jumlah tak besar!)

4. Catatkan semua kos bahan mentah. Jika jual nasi lemak, catatkan kos beli beras, telur, daging, ikan bilis, sayur dan sebagainya. Selepas catat, simpan resit dalam fail.

5. Catat juga kos operasi seperti minyak motorsikal, tol, elektrik, gas, top up telefon, bil internet dan sebagainya. Sekiranya kos ini digunakan untuk tujuan peribadi, buat anggaran bahagian yang digunakan untuk bisnes. Catat, kemudian simpan resit. Masukkan juga upah kepada anak yang bantu kerja kita. Itu juga kos.

6. Catat jualan setiap hari. Sebaik tutup gerai, terus kira jualan dan rekodkan. Usah tunggu esok. Atau, lusa. Nanti lupa.

7. Jumlahkan JUALAN (nombor 6 di atas) selama 30 hari buat bisnes. Jumlahkan KOS (campur nombor 4 dan 5 di atas) selama 30 hari buat bisnes. Ini ialah kos dan jualan bisnes selama sebulan.

8. Tolak kos dari jualan, itulah PENDAPATAN bisnes satu bulan. Bahagikan jumlah pendapatan ini dengan jumlah 30 hari dan itulah purata pendapatan harian bisnes.

9. Berdasarkan pendapatan harian tersebut, ambil tidak lebih 50% dari jumlah itu sebagai GAJI kita. Katakan purata pendapatan harian bisnes kita ialah RM300, ambil setakat RM150 saja untuk setiap hari bekerja sebagai gaji. Selebihnya digunakan untuk menampung kekurangan jualan harian atau dilaburkan semula sebagai modal membesarkan bisnes.

10. Usah ambil wang bisnes sesuka hati. Hadkan setakat "gaji" berdasarkan formula (nombor 9) di atas. Kalau tak cukup duit nak beli barangan keperluan keluarga, itu maksudnya ia di luar kemampuan. Ikat perut dulu untuk sementara waktu. Usah curi duit bisnes.

11. Pada peringkat permulaan, buat sendiri kesemua perkara di atas supaya kita faham cara uruskan kewangan bisnes. Apabila bisnes berkembang sikit nanti, barulah serahkan kepada adik, suami/isteri untuk bantu. Atau, ambil kerani akaun.

Ingat, pengiraan akhir bisnes ialah untung-rugi. Kalau masak nasi lemak sedap tapi tak tahu untung-rugi, itu bukan bisnes!

45 Teknik Pembelajar abad 21

Asrul Idzan:
Tuan PPDK:

Tolong pindahkan dlm text whatsapp

45 Teknik Pembelajaran Abad 21 yang boleh dijadikan rujukan untuk guru lakukan di dalam kelas.

STRUKTUR PEMBELAJARAN KOPERATIF

1. Fan-N-Pick

        Setiap ahli ada peranan, dan setiap peranan dimainkan secara bergilir-

        gilir

·       Pelajar 1 :  susun kad seperti kipas

·       Pelajar 2 :  pilih kad dan bacakan soalan

·       Pelajar 3 :  jawab soalan

·       Pelajar 4  : beri respon dan pujian kepada jawapan yang diberi

2. Inside-Outside Circle

§  Cari pasangan

§  Bentuk dua bulatan , satu di dalam (Bulatan 1)  dan satu di luar (Bulatan 2). Berdiri menghadapi pasangan

§  Guru beri soalan /tugasan kepada murid dalam Bulatan 1.

§  Pelajar dalam Bulatan 2 menjawab dan rakanyna hanya mendengar

§  Beri pujian atau kukuhkan jawapan kawan apabila ia telah habis bercakap.

§  Kemudian tukar peranan dengan soalan baru

§  Akhir sekali tukar pasangan dengan rakan di sebelah kanan dalam bulatan

3. Match Mine

·       Empat orang murid duduk dalam satu pasukan

·       Setiap dua orang cari pasangan dalam pasukan tersebut

·       Setiap pasangan diberi kad untuk memisahkan mereka .

·       Pelajar 1  mengarahkan Pelajar 2 melukis atau meneka gambar yang ada pada Pelajar 1

(Pelajar 2 tidak dapat melihat apa yang dipegang oleh Pelajar 1 ) 

      Apa yang dilukis atau ditekanya bergantung kepada  kefahamannya dari arahan atau mesej yang  disampaikan olehPelajar 1

·       Pelajar 1  melihat hasil yang dibuat oleh Pelajar 2 dan mereka saling kukuh mengukuh

·       Kemudian kedua-duanya tukar peranan

4. Same Different

·       2 orang pelajar dalam kumpulan mencari persamaan dan perbezaan dalam dua gambar yang ada pada setiap orang dari mereka

·       Kemudian mereka bandingkan jawapan

·       Akhir sekali tukar pasangan dalam kumpulan

5. Rally Robin

·       Pelajar dalam bentuk berpasangan bergilir-gilir memberi respon tentang satu-satu perkara secara lisan

6. Round Robin

·       Aktiviti seperti Rally Robin tetapi dilakukan dalam pasukan berempat

7.    Rally Table

·       Secara berpasangan pelajar bergilir-gilir memberi respon atau menyelesaikan masalah dengan menulis di atas kertas yang sama dan menggunakan pen/pensil yang sama

8.   Round Table

·       Dilakukan seperti Rally Table tetapi dalam pasukan berempat

9. Simultaneous Round Table

·       Dalam pasukan pelajar menulis respon kepada masalah dalam kertas masing-masing.

·        Kemudian mereka mengedar catatan mereka mengikut pusingan jam supaya setiap ahli pasukan dapat menambah/membetulkan apa yang ditulis.

10. Spin-N-Think

·       Kadbod yang ada anak panah dan boleh dipusing digunakan untuk menentukan giliran siapa yang menyoal, menjawab, membetulkan dan memuji

11 Talking Chips

·       Setiap ahli dalam pasukan meletakkan cip di tengah-tengah apabila ingin bercakap dan memberi pendapat

·       Mereka tidak boleh mengulangi giliran bercakap sehingga setiap orang diberi peluang

12.Jigsaw Problem Solving

·       Dalam pasukan berempat, pelajar mencari klu atau pelengkap kepada masalah dengan bergerak kepada kumpulan lain.

13. Mix-N-Match


·       Pelajar bergaul dan bergerak mencari bahan/perkara yang boleh dipadankan dengan bahan yang ada pada dirinya

14. Trade-A-Problem

·       Pasukan membina masalah/soalan dan menghantar kepada pasukan lain untuk dicari penyelesaian

15. Team Stand-N-Share

·       Ahli pasukan berdiri

·       Guru/rakan lain memberi soalan

·       Pasukan  hanya boleh duduk jika bersetuju dan berkongsi jawapan/pendapat dengan pasukan lain


16. Find the Fib/Guess the Fib

·       Seorang ahli dalam pasukan memberi tiga penerangan tentang sesuatu yang sebenarnya hanya dua yang betul atau benar. Satu lagi adalah salah

·       Ahli lain diminta mencari yang mana yang salah

17. Line Ups

·       Dalam pasukan berempat pelajar membuat barisan

·       Pasukan diminta memberi jawapan kepada masalah yang diberi

·       Pasukan membuat garisan lurus kalau setuju dan garisan terpisah-pisah kalau tidak setuju

18. Formatio

ns

·       Pasukan membentuk symbol, perkataan atau cara lain untuk  menunjukkan kesepakatan

19. Window Pane

·       Guru melukis satu gambar tentang sesuatu konsep/ perkara pada carta/papan hitam

·       Ahli dalam pasukan bergilir-gilir menyambung melukis untuk menerangkan lagi konsep/perkara tersebut

20. Showdown

·       Setiap ahli pasukan  menulis satu jawapan /penyelesaian kepada masalah

·       Pada masa yang ditetapkan semua menunjukkan jawapan secara serentak

·       Setiap ahli membetulkan dan mengukuhkan jawapan rakan

 21.  Lyrical Lessons

·       Pasukan tulis lirik /nyanyi lagu mengikut rentak tradisional yang disukai kanak-kanak

22.Timed Pair Share

·       Secara pasangan, Pelajar 1 berkongsi pengalaman satu penyelesaian  dalam masa yang ditetapkan dengan Pelajar 2

·       Kemudian tukar peranan

23.Stir- the- Class

·       Pasukan duduk dalam bulatan

·       Membincangkan jawapan untuk menyelesai masalah

·       Apabila sudah dapat satu penyelesaian, berdiri bahu ke bahu untuk menunjukkan persetujuan

·       Bila loceng dibunyi, ahli yang nombornya dipanggil bergerak ke pasukan baru untuk soalan yang berikutnya


24.Team Word-Web

·       Pelajar tulis topic di tengah-tengah kertas mahjong

·       Setiap ahli pasukan menulis idea dalam peta minda mengikut warna pen yang berbeza untuk menunjukkan sumbangan idea setiap dari mereka

25. Mendeklamasi sajak/ menyanyi lagu

·       Seorang pelajar mendeklamasikan baris pertama  sajak atau menyanyi lagu

·       Kemudian diikuti oleh rakan pasangannya

·       Akhirnyna bersama-sama mendeklamasi /menyanyi bersama-sama dalam harmoni

26. Paraphrase Passport

·       Pelajar hanya boleh memberi sumbangan idea setelah ia boleh mengulang jawapan kawan sebelumnya

27. Mix-Freeze Group

·       Pelajar membentuk pasukan mengikut arahan guru

·       Bagi yang tidak sempat membentuk pasukan dalam masa yang ditetapkan,  diletakkan dalam “Lost and Found”

28. Think-Pair-Share

·       Guru kemukakan masalah kepada ahli pasukan

·       Setiap ahli diberi masa  untuk berfikir, kemudian membincangkannya dengan ahli pasukan yang lain secara berpasangan

·       Semua ahli Pasukan diminta pula berkongsi jawapan kepada penyelesaian masalah

29.Roam the Room

·       Dengan isyarat guru , murid secara individu bergerak untuk melihat hasil perbincangan atau hasil kerja rakan-rakan

·       Apabila guru beri isyarat kedua,  semua balik ke tempat asal dan kongsi dalam pasukan apa yang dipelajari dari rakan/pasukan  lain

30. Gallery Tour

·       Seperti di atas tetapi  mereka bergerak secara pasukan

·       Hasil pasukan lain ditampal atau di lukis atas meja untuk pasukan lain melihat/membacanya

·       Pasukan asal hendaklah meletakkan kertas dan pensil di atas meja supaya pasukan yang datang melawat boleh beri komen atau pengukuhan hasil kerja mereka

·       Ahli kumpulan juga diarahkan oleh guru untuk berpecah sementara waktu untuk melihat stesen lain pula

·       Setelah kembali semula ke  pasukan asal, ceritakan/laporkan pembelajaran/pengalaman yang diperolehi

31. Three Stray, One Stay

·       Tiga ahli pasukan pergi melihat hasil atau berbincang dengan pasukan lain

·       Seorang tinggal untuk menyambut kedatangan rakan lain dan untuk menjelaskan kedudukan /hasil kerja pasukannya

·       Bila selesai Murid 2 pula tinggal dan jalankan tugas di atas

·       Kemudian Murid 3 pula tinggal dan begitulah seterusnya.

32. Rotating  Review

·       Pasukan bincang topic

·       Buat carta/pengurusan grafik

·       Kemudian ke kumpulan lain untuk sampaikan pendapat mereka atau beri pendapat tentang  hasil perbincangan kumpulan itu

·       Buat carta/pengurusan grafik yang baru untuk kumpulan itu

·       Begitulah seterusnya

33.The Yarn Yarn

·       Setiap kali seorang ingin memberi pendapat ia diberi benang untuk dililit di tangan

·       Akhirnya kumpulan dapat tahu siapa yang lebih memberi pendapat/idea

34. Kinesthetic Symbols

·       Murid membentuk symbol tangan atau badan untuk menerangkan isi kandungan

pelajaran

35. Team Statements

·       Pelajar berfikir dan berbincang dalam pasangan untuk membentuk pernyataan individu

·       Kemudian semua bekerjasama untuk membentuk pernyataan pasukan yang dipersetujui semua

36. Who am I ?

·       Setiap orang pelajar diberi identitinya pada belakang bajunya (disemat di belakang baju)

·       Setiap dari mereka diberi tiga soalan sahaja untuk bertanya kepada kawan lain tentang  identity masing-masing.

·       Rakannya hanya boleh menjawab “ya atau tidak”

·       Apabila identity diperolehi hasil dari klu jawapan yang diberi rakan, individu tersebut boleh menjadi pakar rujuk kepada rakan lain yang belum ‘mengenalpasti” identitinya

37. Sages Share

·       Pelajar buat sumbangsaran dan setiap dari mereka yang boleh menceritakan lebih lanjut akan idea tersebut,  mencatat ‘initial” mereka

·       Rakan lain bergilir-gilir untuk menemuramah rakan yang  bijak (yg menulis initial tadi) untuk kefahaman lebih lanjut tentang ideanya

38. Traveling File

·       Setiap pasukan dibekalkan sebuah fail yang di dalamnya  ada soalan, kes atau masalah untuk dibincangkan

·       Selepas 10-15 minit soalan dan catatan jawapan dimasukkan semula ke dalam fail dan diedarkan kepada pasukan lain

·       Setiap pasukan yang mendapat fail  baru dari pasukan lain dikehendaki membaca soalan dan jawapan yang ada dalam fail berkenaan sebelum dibincang, ditambah, dihurai dan disunting.

·       Setelah setiap pasukan respon kepada 2 atau 3  Traveling File, soalan-soalan dan jawapan-jawapan tersebut dibincangkan dalam kelas secara keseluruhan.

39. Team Interview

·       Setiap ahli pasukan berkenalan antara satu sama lain dengan bertanyakan maklumat diri berhubung dengan nama, tempat asal, hobi (sambil berdiri)

40.   Team Project

·       Setiap ahli pasukan bekerjasama memberi sumbangan menamakan pasukan, membentuk pasukan sorak ( team cheers), logo pasukan dan warna pasukan

41. Value Lines

·       Setiap ahli pasukan menyenaraikan nilai-nilai dari yang tertinggi hingga yang terendah dalam aspek kehidupan seharian seperti keselamatan famili, keamanan dunia, keseronokan hidup

·       Selepas itu setiap ahli menyenaraikan pula nilai-nilai murni  berdasarkan keutamaannya seperti penyayang, jujur, bebas, bertanggungjawab, setia dan lain-lain

·       Setiap ahli berikutnya membuat perbandingan untuk  menilai hasil kerja mereka

  42.  Find-Someone-Who

·       Pelajar dikehendaki mencari seseorang yang mempunyai ciri-ciri tertentu seperti rancangan televisyen yang digemari, makanan kegemaran, ataupun pelajar diberi lambaran kerja yang mengandungi beberapa soalan untuk dicari jawapannya daripada rakan sekelasnya yang tahu

 43. Rotating Review

·       Setiap pasukan membincangkan sesuatu topik , kemudian mencatatkannya di kertas sebak dan memaparkan di tempat pasukan masing-masing

·       Setiap pasukan akan bergerak dari satu pasukan ke satu pasukan untuk membuat penilaian hasil kerja  setiap pasukan

·       Setiap ahli pasukan boleh membuat komen,tambahan idea atau persoalan pada kertas berkenaan dengan menggunakan warna  pen yang berbeza

44.  Three-Step Interview

·       Empat orang pelajar dalam satu pasukan

·       Langkah 1 : Secara berpasangan seorang pelajar menjadi penemuduga dan seorang lagi yang ditemuduga

·       Langkah 2 : Pasangan bertukar peranan di atas

·       Langkah 3 : Setiap pelajar secara bergilir berkongsi pengalaman yang dilalui semasa temuduga dengan ahli pasukan yang lain

45.  Two-Box Induction

·       Diwujudkan 2 kategori iaitu contoh dan bukan contoh

·       Fasilitator beri ransangan

·       Ahli pasukan berbincang secara Round Table untuk wujudkan hipotesis

·       Setelah hipotesis dibuat secara berulang-ulang dan konsep berkenaan telah dipersetujui oleh semua ahli, satu keputusan dibuat untuk menerima konsep tersebut

Copyright 2014 PENDIDIK2U.

URUSETIA TRANSFORMASI SEKOLAH PPDBD 2017

Bagaimana membaiki hidup

Randy Pausch, 47 tahun, seorang Pensyarah Sains Komputer dari Mellon University. Dia meninggal dunia disebabkan oleh kanser pankreas pada 2008, tetapi dia menulis buku "The Last Lecture" pada 2007. Suatu legasi yang dia tinggalkan.

Dalam suratnya kepada isteri dan anak-anaknya, Dylan, Logan, dan Chloe, dia menulis satu panduan yang sangat baik, "Panduan Untuk Hidup Yang Lebih Baik" untuk isteri dan anak-anaknya.

Bagaimana untuk memperbaiki hidup anda.

1. Jangan bandingkan hidup anda dengan orang lain. Anda mungkin tidak tahu bagaimana perjalanan hidup mereka.

2. Jangan mempunyai pemikiran negatif terhadap benda yang kamu tidak boleh kawal. Sebaliknya, tumpukan tenaga anda terhadap benda yang positif yang anda miliki pada masa ini.

3. Jangan terlebih buat apa yang anda mampu. Cukuplah setakat yang anda mampu.

4. Jangan terlalu serius terhadap diri anda. Tiada siapa yang berbuat demikian.

5. Jangan bazirkan tenaga anda terhadap gossip.

6. Berfikir lebih jauh bila anda masih terjaga.

7. Iri hati adalah sia-sia. Kamu sudah mempunyai semua yang kamu perlukan.

8. Lupakan perkara yang sudah lepas. Jangan ungkit kesilapan pasangan anda di masa lampau. Ianya akan menghancurkan kegembiraan anda di masa kini.

9. Hidup ini terlalu singkat untuk membenci sesiapa. Hindarkan daripada membenci sesiapa.

10. Berdamailah dengan masa lalu kamu supaya ia tidak akan merosakkan masa sekarang kamu.

11. Tiada siapa yang mengawal kegembiraan kamu selain dari kamu sendiri.

12. Ketahuilah bahawa hidup ini ialah seperti sekolah dan kamu di sini untuk belajar. Masalah ialah salah satu dari kurikulum yang akan muncul dan pergi seperti kelas algebra, tetapi pengajarannya akan kamu pegang seumur hidup kamu.

13. Senyum dan tertawa selalu.

14. Kamu tidak perlu menang setiap pertengkaran. Setuju untuk tidak setuju.

15. Hubungi keluarga kamu selalu.

16. Beri sesuatu yang baik untuk orang lain setiap hari.

17. Maafkan orang lain.

18. Luangkan masa untuk orang yang berumur 70 tahun ke atas dan 6 tahun ke bawah.

19. Pandangan orang lain terhadap kamu bukan urusan kamu.

21. Pekerjaan kamu tidak akan menjaga kamu bila kamu sakit tetapi keluarga kamu akan menjaga kamu. Selalu berhubung.

22. Dahulukan Tuhan dalam segala yang kamu fikir, katakan dan buat.

23. Tuhan itu penyembuhan.

24. Buat perkara yang betul.

25. Bagaimana baik atau buruk pun situasi sekarang, ia akan berubah.

26. Bagaimanapun yang kamu rasa, bangun, salin pakaian dan pergi.

27. Yang terbaik akan datang kemudian.

28. Buang apa yang tidak berguna atau yang tidak menggembirakan.

29. Bila kamu terjaga di waktu pagi, bersyukur kepada Tuhan.

30. Kalau kamu kenal Tuhan kamu akan gembira selalu. Jadi, bergembiralah selalu.

Apabila kamu mengamalkan kesemua di atas, kongsikanlah pengetahuan ini dengan orang yang kamu sayangi, orang di sekolah kamu, orang yang kamu selalu bermain bersama, orang yang kamu kerja bersama, dan orang yang tinggal bersama kamu. Bukan sahaja ianya akan memperbaiki hidup anda, tetapi juga orang di sekeliling anda.
.
.
.
Sekadar ambil yg baik...😀🌺

13 PETUA POWER MENDIDIK ANAK MENJADI SOLEH & SOLEHAH

13 PETUA POWER MENDIDIK ANAK MENJADI SOLEH & SOLEHAH☺

1. Pastikan dia makan malam sebelum maghrib seperti yang Nabi SAW sarankan supaya mudah belajar waktu malam. Makan malam lepas maghrib buat anak mudah letih dan mengantuk bila belajar. Makanan hadam selepas 1 ½ jam makan. Jadi anak boleh belajar dengan berkesan dan fokus jika belajar 1 ½ jam selepas makan malam. Pastikan dia kurang makan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan ikan. Daging merah buat anak pemarah dan agrasif serta mudah melawan cakap. Pastikan mereka makan buah SEBELUM makan nasi agar badan dapat serap Vitamin C yang ada dalam buah-buahan. Vitamin C membantu tenangkan fikiran anak di samping jaga kulit.

2. Banyakkan memeluk anak. Anak yang sering dipeluk akan tenang, kurang degil, rasa selamat dan disayangi serta tidak perlu nak buat nakal.

3. Pesan kepada anak untuk menghadap Qiblat semasa belajar atau mengaji, ini akan tingkatkan keberkatan dalam belajar.

4. Sebelum belajar, baca doa-doa penerang hati termasuk surah Al-Insyirah. Nabi suruh Ali RA baca surah Al-Insyirah untuk kuat ingatan, mudah faham, jadi tenang, mudah patuh arahan ibubapa dan tidak banyak meragam.

5. Letak pokok hidup, seperti pokok keladi air, di kanan dan kiri meja tempat anak belajar untuk bekalkan oksigen kepada otak anak semasa belajar.

6. Beri anak supplement yang dapat menguatkan minda, tenangkan emosi, lembutkan hati dan kuatkan daya ingatannya.

7. Bacakan di kepala anak: Al-Fatehah, ayar Qursi dan surah Al-Insyirah untuk rangsang otak dan memori anak dan jadikan dia anak yang tenang, baik akhlak, dengar cakap ibubapa dan pintar. Bacakan waktu malam semasa nak belajar dan waktu anak nak pergi tadika/ sekolah.

8. Elakkan anak memakai pakaian berwarna merah atau oren. Ikut kajian, warna merah dan oren akan rangsang anak jadi agrasif dan hyperaktif.

9. Suruh anak tidur mengiring kekanan agar otak jadi lebih pintar, puas tidur dan ikut sunnah Nabi SAW.

10. Pastikan rezeki yang ibubapa terima benar-benar berkat dengan mengelakkan perkara haram dan syubahat serta keluarkan zakat pendapatan dan zakat-zakat yang berkenaan. Rezki yang kurang berkat juga jadi punca anak jadi agrasif, tidak dengar cakap ibubapa dan extra nakal.

11. Ibubapa baik pulih diri secara bersepadu agar Allah SWT ubah anak-anak jadi hebat dan cemerlang.

Prinsip hidup: Jika baik pulih diri kita secara bersepadu, Allah SWT akan ubah anak-anak dan semua orang di sekeliling kita. Juga, semakin rapat kita dengan Allah SWT, maka Allah SWT akan perbaiki hubungan kita dengan semua orang.

Mulai hari ini baik pulih diri secara menyeluruh dengan:

1. Jaga solat 5 waktu dan lakukan solat-solat sunat qabliah dan ba'diah untuk menampung segala kekurangan dalam solat-solat fardhu kita.

2. Solat taubat dan istighfar 70 kali sehari setiap hari. Lakukan juga solat hajat, istikharah dan tutup dengan solat WITIR setiap malam. Nabi SAW suruh kita untuk solat witir setiap malam sebagai pembalut kepada semua amalan kita setiap hari untuk dipersembahkan kepada Allah SWT.

3. Maafkan semua orang setiap malam sebelum tidur agar hati jadi bersih, badan sihat, wajah jadi anggun, doa dimakbulkan, semua orang sayang dan anak dengar cakap kita.

4. Untuk merangsang ahli keluarga supaya solat dan elok perangai, bacalah Surah Ibrahim (ayat 40). Ini memang doa khas untuk mohon agar diri dan keluarga jaga solat.

5. Baca Doa Pembuka 12 Pintu, Doa Membuang Sifat Negatif, Bismillah 5 dan Ayat Qursi. Pengalaman menunjukkan sesiapa yang mengamalkan doa-doa tersebut, maka orang bujang akan bertemu jodoh, suami isteri akan bertambah sayang, orang bergaduh akan jadi damai, selesai masalah, langsai hutang, anak-anak jadi hebat dan soleh, hilang perangai buruk seperti enggan solat, dan sebagainya.

6. Pagar diri dengan Fatehah and Surah 3 Qul, hembus tapak tangan dan sapu seluruh badan. Ini akan menghindar daripada gangguan manusia, binatang, jin dan sihir.

7. Lembutkan hati anak kita atau orang lain dengan Fatehah, Surah Al-Hasyr (ayat 21-24), Surah Ta Ha (ayat 1-5), Ayat Qursi dan hembus ke badan, makanan, gambar atau pakaian yang sudah dipakai sebelum dicuci atau sekadar menghembus ke arah orang itu dari jauh.

8. Layan anak lebih baik daripada biasa agar dia rasa bersalah jika ingkar perintah ibubapa.

9. Setiap kali nak masuk rumah, pesan kepada semua ahli keluarga kita untuk baca Bismillah 3 kali, senyum, beri salam dan masuk dengan melangkah kaki kanan dahulu. Ini akan menghindarkan syaitan bernama DASIM daripada masuk ke kepala kita dan ganggu manusia supaya berkonflik, suami isteri supaya bergaduh hingga bercerai berai, anak-anak melawan ibubapa, anak-anak bergaduh sesama sendiri, anak-anak jadi extra nakal, dan sebagainya.

10. Setiap kali nak nasihati anak, nak suruh anak solat atau belajar, bacalah 3 Nama Allah: Ya 'Aziz, Ya Jabbar, Ya Mutakabbir dan hembus ke arah dia jika masih jauh atau berdehem depannya jika sudah berhadapan. Ini akan melembutkan hatinya agar dapat mendengar cakap atau hujah ibu.

11. Jika  sedih atau tertekan, bacalah 3 doa Nabi SAW:
Inna lillahi wainna ilahi rojiuun.
Ya Allah, aku redha dengan segala ujianMu, berilah aku pahala atas redha ini.
Ya Allah, aku ada masalah anak sukar nak dengar cakap ibubapa. Ya Allah, Kau bantulah selesaikan masalahku. Kau jadikan dia anak yang soleh, sabar, pintar, baik akhlak, mendengar cakap ibubapa, rajin belajar dan sebagainya. Insya Allah hati akan tenang dan doa akan dimakbulkan.

12. Baca Al-Fatehah, Ayat Qursi dan Surah Al-Insyirah dan hembus atas kepala anak kita setiap hari hingga aqil baligh. Ini akan membantu dia jadi anak yang soleh, pintar, berakhlak mulia dan taat kepada ibubapa.

13. Cuba nasihati anak semasa dia tidur dengan berbisik di telinganya atau sekadar bercakap dalam hati. Nasihatkan agar jadi anak yang baik, sopan santun, dengar cakap ibubapa, dan sebagainya. Ikut kajian dan pengalaman peribadi saya, jika kita istiqamah menasihati anak kita semasa mereka tidur, anak-anak insya Allah akan berubah menjadi anak yang baik.

Cuba amalkan selama 40 hari, kerana tabiat baru terbentuk dalam masa 40 hari. Insya Allah segala masalah anak yang keluarga anda hadapi akan selesai langkah demi langkah.

Sumber : Prof. Madya Dato' Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah.

KONSEP REZEKI

Sungguh saya terkesan baca kisah ini.
Kredit kepada Fedtri Yahya.

Sekadar berkongsi......

KONSEP REZEKI

Pagi itu penjual akhbar itu berteduh di tepi kedai.

Sejak subuh hujan turun lebat sekali, seakan2 tidak membenarkannya melakukan aktiviti jualan akhbarnya seperti biasa.

Terbayang di fikiranku, tidak ada satu sen pun wang yang akan penjual itu perolehi jika hujan tidak berhenti.

Namun, kerisauan yang kurasakan ternyata tidak nampak sedikit pun di wajah Penjual akhbar itu.

Hujan masih terus turun. Si penjual akhbar masih tetap duduk di tepi kedai itu sambil tangannya memegang sesuatu.

Tampaknya seperti sebuah buku. Ku perhatikan dari jauh, lembar demi lembar dibacanya. Awalnya aku tidak tahu apa yang sedang dibaca nya.

Namun perlahan2 ku dekatinya, ternyata Kitab Suci Al-Quran yang dibacanya.

+ "Assalamu 'alaikum"

- “Waalaikum salam"

+ “Bagaimana jualan  akhbar tuan?"

- “Alhamdulillah, dah terjual satu.”

+ “Wah susah juga ya kalau hujan begini"

- “Insya Allah adalah rezeki nya.”

+ “Kalau hujan sampai petang macam mana?”

- “Itu bererti rezeki saya bukan jualan akhbar, tapi boleh banyak berdoa.”

+ “Doa?”

- “Bukankah  Rasulullah SAW pernah bersabda, ketika hujan adalah saat mustajab untuk berdoa. Maka, kesempatan berdoa itu dipanggil rezeki juga.”

+ “Lantas, kalau tidak dapat wang, bagaimana?”

- "Bererti, rezeki saya adalah bersabar"

+ "Kalau tidak ada yang boleh dimakan"?

- “Bererti rezeki saya berpuasa"

+ “Kenapa tuan  boleh berfikir seperti itu?”

- “Allah SWT yang memberi rezeki. Apa saja rezeki yang diberikanNya saya syukuri. Selama jualan akhbar, walaupun tidak laku dan harus berpuasa, tetapi saya tidak pernah  kelaparan". Katanya jitu dan ikhlas menutup pembicaraan.

Sahabat ...
Hujan pun reda. Si penjual surat khabar bersiap-siap untuk terus melakukan aktiviti jualannya.

Ia pergi sambil memasukkan Al-Quran ke dalam begnya.

Aku termenung...
Ada penyesalan di dalam hati. Kenapa kalau hujan aku resah-gelisah? Khuatir tidak dapat wang? Risau rumahku akan terendam banjir? Bimbang tak dapat hadir andai ada jemputan kenduri? Keluh kesah tidak boleh bertemu pelanggan dan rakan perniagaan?

Baru ku sedar, rezeki bukan wang semata2. Bersabar, berpuasa, berdoa, beribadah merupakan amal soleh yang patut kita syukuri.

Malah, lebih dari itu, ia adalah juga rezeki yang tidak terperi drpd Allah SWT.

Sahabat ...
Rezeki hidayah dan boleh bersyukur adalah jauh lebih bermakna daripada pekerjaan dan wang atau dari apapun juga.

Wallahu a'lam

Saturday, March 18, 2017

10 Nasihat berguna daripada seorang mantan guru

10 Nasihat berguna daripada seorang mantan guru.

1. Beri hak murid untuk makan pada waktu rehat dan balik pada waktunya. Usah tahan walaupun apa jua alasan.

2. Setiap awal pagi, guru yang masuk kelas masa pertama, ambil 2 minit tanya solat subuh. Beri pujian pada yang solat (jangan layan murid yang provok kawan dia) dan minta serta doakan yang tidak solat agar qada nanti semasa waktu rehat.

3. Guru yang mengajar waktu akhir, ingatkan murid agar bersolat zuhur. Beritahu mereka Allah sayang semua hamba- hambanya. Kalau solat lagi Allah sayang.

4. Kalau ada perhimpunan pagi, beri kata- kata semangat/ motivasi kepada murid. Usah rosakkan 'mood' murid yang ramai hanya kerana kesalahan 2-3 orang dengan membaca 'talkin'. Rosak mood murid.

5. Jaga aib murid. Jangan tularkan di bilik guru, kantin. Tak pasal-pasal guru lain menyampuk akhirnya jadi mengumpat!

6. 'Cover page' kertas soalan dah macam soalan spm/ universiti terutama tahun 1, 2, 3. Siap ada lencana bagai. Bincang dengan pentadbir wujudkan semula cover soalan yang menarik seperti zaman mereka. Ada gambar kartun, cendawan bunga. (Yang ini memang win!)

7. Waktu rehat, sediakan 'tools' untuk mereka guna. Boleh gantikan aktiviti meronda dan berlumba lari mereka tiap- tiap hari. Catur, dam ular, buku cerita, bermain batu seremban dll.

8. Sediakan siap-siap pensel dan kertas kajang. Pensel untuk kes pensel tak ada. Kertas untuk kes buku tertinggal. Jadi balik rumah tinggal tampal semula. Tak guna beri 'warning' siapkan di rumah. Nanti kena cikgu semula sebab murid lupa nak siapkan juga.

9. Kalau murid datang cakap hilang duit, tak payah cakap banyak, sedekah la seringgit dua. Dia datang pada kita sebab Allah yang hantar.

10. Sebelum keluar kelas, tinggalkan doa buat murid- murid. Biar murid tahu kita hanya garang semasa mengajar tetapi sebelum habis kelas kita guru yang penyayang.

Untuk ingatan dan idea berguna buat sahabat dalam arena pendidikan.

Thursday, March 16, 2017

45 Teknik Pembelajaran Abad 21 yang boleh dijadikan rujukan untuk guru lakukan di dalam kelas.

Asrul Idzan:
Tuan PPDK:

Tolong pindahkan dlm text whatsapp

45 Teknik Pembelajaran Abad 21 yang boleh dijadikan rujukan untuk guru lakukan di dalam kelas.

STRUKTUR PEMBELAJARAN KOPERATIF

1. Fan-N-Pick

        Setiap ahli ada peranan, dan setiap peranan dimainkan secara bergilir-

        gilir

·       Pelajar 1 :  susun kad seperti kipas

·       Pelajar 2 :  pilih kad dan bacakan soalan

·       Pelajar 3 :  jawab soalan

·       Pelajar 4  : beri respon dan pujian kepada jawapan yang diberi

2. Inside-Outside Circle

§  Cari pasangan

§  Bentuk dua bulatan , satu di dalam (Bulatan 1)  dan satu di luar (Bulatan 2). Berdiri menghadapi pasangan

§  Guru beri soalan /tugasan kepada murid dalam Bulatan 1.

§  Pelajar dalam Bulatan 2 menjawab dan rakanyna hanya mendengar

§  Beri pujian atau kukuhkan jawapan kawan apabila ia telah habis bercakap.

§  Kemudian tukar peranan dengan soalan baru

§  Akhir sekali tukar pasangan dengan rakan di sebelah kanan dalam bulatan

3. Match Mine

·       Empat orang murid duduk dalam satu pasukan

·       Setiap dua orang cari pasangan dalam pasukan tersebut

·       Setiap pasangan diberi kad untuk memisahkan mereka .

·       Pelajar 1  mengarahkan Pelajar 2 melukis atau meneka gambar yang ada pada Pelajar 1

(Pelajar 2 tidak dapat melihat apa yang dipegang oleh Pelajar 1 ) 

      Apa yang dilukis atau ditekanya bergantung kepada  kefahamannya dari arahan atau mesej yang  disampaikan olehPelajar 1

·       Pelajar 1  melihat hasil yang dibuat oleh Pelajar 2 dan mereka saling kukuh mengukuh

·       Kemudian kedua-duanya tukar peranan

4. Same Different

·       2 orang pelajar dalam kumpulan mencari persamaan dan perbezaan dalam dua gambar yang ada pada setiap orang dari mereka

·       Kemudian mereka bandingkan jawapan

·       Akhir sekali tukar pasangan dalam kumpulan

5. Rally Robin

·       Pelajar dalam bentuk berpasangan bergilir-gilir memberi respon tentang satu-satu perkara secara lisan

6. Round Robin

·       Aktiviti seperti Rally Robin tetapi dilakukan dalam pasukan berempat

7.    Rally Table

·       Secara berpasangan pelajar bergilir-gilir memberi respon atau menyelesaikan masalah dengan menulis di atas kertas yang sama dan menggunakan pen/pensil yang sama

8.   Round Table

·       Dilakukan seperti Rally Table tetapi dalam pasukan berempat

9. Simultaneous Round Table

·       Dalam pasukan pelajar menulis respon kepada masalah dalam kertas masing-masing.

·        Kemudian mereka mengedar catatan mereka mengikut pusingan jam supaya setiap ahli pasukan dapat menambah/membetulkan apa yang ditulis.

10. Spin-N-Think

·       Kadbod yang ada anak panah dan boleh dipusing digunakan untuk menentukan giliran siapa yang menyoal, menjawab, membetulkan dan memuji

11 Talking Chips

·       Setiap ahli dalam pasukan meletakkan cip di tengah-tengah apabila ingin bercakap dan memberi pendapat

·       Mereka tidak boleh mengulangi giliran bercakap sehingga setiap orang diberi peluang

12.Jigsaw Problem Solving

·       Dalam pasukan berempat, pelajar mencari klu atau pelengkap kepada masalah dengan bergerak kepada kumpulan lain.

13. Mix-N-Match


·       Pelajar bergaul dan bergerak mencari bahan/perkara yang boleh dipadankan dengan bahan yang ada pada dirinya

14. Trade-A-Problem

·       Pasukan membina masalah/soalan dan menghantar kepada pasukan lain untuk dicari penyelesaian

15. Team Stand-N-Share

·       Ahli pasukan berdiri

·       Guru/rakan lain memberi soalan

·       Pasukan  hanya boleh duduk jika bersetuju dan berkongsi jawapan/pendapat dengan pasukan lain


16. Find the Fib/Guess the Fib

·       Seorang ahli dalam pasukan memberi tiga penerangan tentang sesuatu yang sebenarnya hanya dua yang betul atau benar. Satu lagi adalah salah

·       Ahli lain diminta mencari yang mana yang salah

17. Line Ups

·       Dalam pasukan berempat pelajar membuat barisan

·       Pasukan diminta memberi jawapan kepada masalah yang diberi

·       Pasukan membuat garisan lurus kalau setuju dan garisan terpisah-pisah kalau tidak setuju

18. Formatio

ns

·       Pasukan membentuk symbol, perkataan atau cara lain untuk  menunjukkan kesepakatan

19. Window Pane

·       Guru melukis satu gambar tentang sesuatu konsep/ perkara pada carta/papan hitam

·       Ahli dalam pasukan bergilir-gilir menyambung melukis untuk menerangkan lagi konsep/perkara tersebut

20. Showdown

·       Setiap ahli pasukan  menulis satu jawapan /penyelesaian kepada masalah

·       Pada masa yang ditetapkan semua menunjukkan jawapan secara serentak

·       Setiap ahli membetulkan dan mengukuhkan jawapan rakan

 21.  Lyrical Lessons

·       Pasukan tulis lirik /nyanyi lagu mengikut rentak tradisional yang disukai kanak-kanak

22.Timed Pair Share

·       Secara pasangan, Pelajar 1 berkongsi pengalaman satu penyelesaian  dalam masa yang ditetapkan dengan Pelajar 2

·       Kemudian tukar peranan

23.Stir- the- Class

·       Pasukan duduk dalam bulatan

·       Membincangkan jawapan untuk menyelesai masalah

·       Apabila sudah dapat satu penyelesaian, berdiri bahu ke bahu untuk menunjukkan persetujuan

·       Bila loceng dibunyi, ahli yang nombornya dipanggil bergerak ke pasukan baru untuk soalan yang berikutnya


24.Team Word-Web

·       Pelajar tulis topic di tengah-tengah kertas mahjong

·       Setiap ahli pasukan menulis idea dalam peta minda mengikut warna pen yang berbeza untuk menunjukkan sumbangan idea setiap dari mereka

25. Mendeklamasi sajak/ menyanyi lagu

·       Seorang pelajar mendeklamasikan baris pertama  sajak atau menyanyi lagu

·       Kemudian diikuti oleh rakan pasangannya

·       Akhirnyna bersama-sama mendeklamasi /menyanyi bersama-sama dalam harmoni

26. Paraphrase Passport

·       Pelajar hanya boleh memberi sumbangan idea setelah ia boleh mengulang jawapan kawan sebelumnya

27. Mix-Freeze Group

·       Pelajar membentuk pasukan mengikut arahan guru

·       Bagi yang tidak sempat membentuk pasukan dalam masa yang ditetapkan,  diletakkan dalam “Lost and Found”

28. Think-Pair-Share

·       Guru kemukakan masalah kepada ahli pasukan

·       Setiap ahli diberi masa  untuk berfikir, kemudian membincangkannya dengan ahli pasukan yang lain secara berpasangan

·       Semua ahli Pasukan diminta pula berkongsi jawapan kepada penyelesaian masalah

29.Roam the Room

·       Dengan isyarat guru , murid secara individu bergerak untuk melihat hasil perbincangan atau hasil kerja rakan-rakan

·       Apabila guru beri isyarat kedua,  semua balik ke tempat asal dan kongsi dalam pasukan apa yang dipelajari dari rakan/pasukan  lain

30. Gallery Tour

·       Seperti di atas tetapi  mereka bergerak secara pasukan

·       Hasil pasukan lain ditampal atau di lukis atas meja untuk pasukan lain melihat/membacanya

·       Pasukan asal hendaklah meletakkan kertas dan pensil di atas meja supaya pasukan yang datang melawat boleh beri komen atau pengukuhan hasil kerja mereka

·       Ahli kumpulan juga diarahkan oleh guru untuk berpecah sementara waktu untuk melihat stesen lain pula

·       Setelah kembali semula ke  pasukan asal, ceritakan/laporkan pembelajaran/pengalaman yang diperolehi

31. Three Stray, One Stay

·       Tiga ahli pasukan pergi melihat hasil atau berbincang dengan pasukan lain

·       Seorang tinggal untuk menyambut kedatangan rakan lain dan untuk menjelaskan kedudukan /hasil kerja pasukannya

·       Bila selesai Murid 2 pula tinggal dan jalankan tugas di atas

·       Kemudian Murid 3 pula tinggal dan begitulah seterusnya.

32. Rotating  Review

·       Pasukan bincang topic

·       Buat carta/pengurusan grafik

·       Kemudian ke kumpulan lain untuk sampaikan pendapat mereka atau beri pendapat tentang  hasil perbincangan kumpulan itu

·       Buat carta/pengurusan grafik yang baru untuk kumpulan itu

·       Begitulah seterusnya

33.The Yarn Yarn

·       Setiap kali seorang ingin memberi pendapat ia diberi benang untuk dililit di tangan

·       Akhirnya kumpulan dapat tahu siapa yang lebih memberi pendapat/idea

34. Kinesthetic Symbols

·       Murid membentuk symbol tangan atau badan untuk menerangkan isi kandungan

pelajaran

35. Team Statements

·       Pelajar berfikir dan berbincang dalam pasangan untuk membentuk pernyataan individu

·       Kemudian semua bekerjasama untuk membentuk pernyataan pasukan yang dipersetujui semua

36. Who am I ?

·       Setiap orang pelajar diberi identitinya pada belakang bajunya (disemat di belakang baju)

·       Setiap dari mereka diberi tiga soalan sahaja untuk bertanya kepada kawan lain tentang  identity masing-masing.

·       Rakannya hanya boleh menjawab “ya atau tidak”

·       Apabila identity diperolehi hasil dari klu jawapan yang diberi rakan, individu tersebut boleh menjadi pakar rujuk kepada rakan lain yang belum ‘mengenalpasti” identitinya

37. Sages Share

·       Pelajar buat sumbangsaran dan setiap dari mereka yang boleh menceritakan lebih lanjut akan idea tersebut,  mencatat ‘initial” mereka

·       Rakan lain bergilir-gilir untuk menemuramah rakan yang  bijak (yg menulis initial tadi) untuk kefahaman lebih lanjut tentang ideanya

38. Traveling File

·       Setiap pasukan dibekalkan sebuah fail yang di dalamnya  ada soalan, kes atau masalah untuk dibincangkan

·       Selepas 10-15 minit soalan dan catatan jawapan dimasukkan semula ke dalam fail dan diedarkan kepada pasukan lain

·       Setiap pasukan yang mendapat fail  baru dari pasukan lain dikehendaki membaca soalan dan jawapan yang ada dalam fail berkenaan sebelum dibincang, ditambah, dihurai dan disunting.

·       Setelah setiap pasukan respon kepada 2 atau 3  Traveling File, soalan-soalan dan jawapan-jawapan tersebut dibincangkan dalam kelas secara keseluruhan.

39. Team Interview

·       Setiap ahli pasukan berkenalan antara satu sama lain dengan bertanyakan maklumat diri berhubung dengan nama, tempat asal, hobi (sambil berdiri)

40.   Team Project

·       Setiap ahli pasukan bekerjasama memberi sumbangan menamakan pasukan, membentuk pasukan sorak ( team cheers), logo pasukan dan warna pasukan

41. Value Lines

·       Setiap ahli pasukan menyenaraikan nilai-nilai dari yang tertinggi hingga yang terendah dalam aspek kehidupan seharian seperti keselamatan famili, keamanan dunia, keseronokan hidup

·       Selepas itu setiap ahli menyenaraikan pula nilai-nilai murni  berdasarkan keutamaannya seperti penyayang, jujur, bebas, bertanggungjawab, setia dan lain-lain

·       Setiap ahli berikutnya membuat perbandingan untuk  menilai hasil kerja mereka

  42.  Find-Someone-Who

·       Pelajar dikehendaki mencari seseorang yang mempunyai ciri-ciri tertentu seperti rancangan televisyen yang digemari, makanan kegemaran, ataupun pelajar diberi lambaran kerja yang mengandungi beberapa soalan untuk dicari jawapannya daripada rakan sekelasnya yang tahu

 43. Rotating Review

·       Setiap pasukan membincangkan sesuatu topik , kemudian mencatatkannya di kertas sebak dan memaparkan di tempat pasukan masing-masing

·       Setiap pasukan akan bergerak dari satu pasukan ke satu pasukan untuk membuat penilaian hasil kerja  setiap pasukan

·       Setiap ahli pasukan boleh membuat komen,tambahan idea atau persoalan pada kertas berkenaan dengan menggunakan warna  pen yang berbeza

44.  Three-Step Interview

·       Empat orang pelajar dalam satu pasukan

·       Langkah 1 : Secara berpasangan seorang pelajar menjadi penemuduga dan seorang lagi yang ditemuduga

·       Langkah 2 : Pasangan bertukar peranan di atas

·       Langkah 3 : Setiap pelajar secara bergilir berkongsi pengalaman yang dilalui semasa temuduga dengan ahli pasukan yang lain

45.  Two-Box Induction

·       Diwujudkan 2 kategori iaitu contoh dan bukan contoh

·       Fasilitator beri ransangan

·       Ahli pasukan berbincang secara Round Table untuk wujudkan hipotesis

·       Setelah hipotesis dibuat secara berulang-ulang dan konsep berkenaan telah dipersetujui oleh semua ahli, satu keputusan dibuat untuk menerima konsep tersebut

Copyright 2014 PENDIDIK2U.

URUSETIA TRANSFORMASI SEKOLAH PPDBD 2017

Sunday, March 5, 2017

Jaga kesihatan

Aku buat keputusan untuk jaga pemakanan selepas aku lihat ramai rakan aku ada pelbagai masalah kesihatan.

baru ni , sahabat aku kena kencing manis tahap kronik gak, sahabat aku yang lain jalan tempang setiap kali pekena seafood.

tak kurang juga masalah semput jalan baru 50meter.

bila kau buat satu keputusan untuk kekalkan gaya hidup lebih sihat, ada je rakan kau kaki bahan, kaki troll, kaki jeles .

sebenarnya, rakan-rakan kau ni tahu, kau punya motivasi bukan kuat pun. itu lah cara gurauan seorang rakan. Kau sendiri pun, kalau tahu kawan kau diet, punya lah kau troll dia kaw-kaw.

kah kah kah

BILA KAU SEBUT KAU DIET,

terus orang sekeliling kau anggap kau tak leh sentuh nasi.

" WOI, kata diet. tu makan nasi kenapa ? "

lalu aku jawab,

KEPALA BANA kau !!!

atas pinggan aku, aku kurangkan kuantiti nasi dari kebiasaan, kalau dulu aku ambil 4 senduk besar, sekarang aku kurangkan menjadi 3,2 dan akhirnya satu .

itu kejayaan untuk diri kau berubah dari satu ke satu.

jangan keliru, bila sebut diet, semua otak fikir diet atkins.

SALAH .

banyak diet lebih proper dan sihat di luar sana.

kiraan bmr, defisit kalori dan macam - macam lagi lebih sinonim dengan diet kalori.

DIET SEIMBANG.

KAU LEBIHKAN SAYUR .

jika sebelum ni, seminggu tu, kau makan sayur sehari je. Memang lah tak menyihatkan. SO,kali ni. setiap hari wajib kau telan brokoli, celery, lobat, sawi, salad , apa jenis sayur. kau sebat dan kau makan.

CARA MASAKAN .

bukanya kau terus matikan tekak kau dengan teknik gorengan. seminggu sekali, kau bedal makanan bergoreng, tapi jangan lah sampai minyak, kau perah ayam tu , keluar minyak sekilo. Minyak pun, kau guna minyak zaitun ka, jagung ka. kurang lah sikit kolestrol tu. tak banyak mana pun sebenarnya.

tapi kau lebih banyak grill tanpa minyak. masuk terus dalam oven.

kalau kau ketagih sangat rasa nak makan nasi lemak, kau beli lah nasi lemak tu, biasa kau makan seorang diri, tapi kali ni kau kongsi 6 orang. kau paksa kawan kau makan sekali .

seminggu turun 500gram , sebulan turun 2kg pun satu kejayaan buat diri kau.

seminggu turun 2kg, sebulan 8kg sekalipun satu kejayan buat diri kau.

kau pilih cara terbaik yang kau nak.

tapi biarlah konsisten dengan pilihan yang kau beri.

macam dalam bisnes gak,

ada hti and run,

kau turun 20kilo dalam 3 bulan, lepas 5 bulan kau naik 30kilo.

tak guna juga.

biar lah kau slow-slow asal target kau tercapai untuk ubah LIFESTYLE KAU YANG LEBIH SIHAT.

ini yang aku belajar dari sifu Al Irfan Jani , banyak beri inspirasi aku untuk ubah habit lebih baik.
.

.

FOLLOW ORANG YANG BETUL
.

.

kenalah ada ilmu yang betul, aku sampai hari ni rajin baca perkongsian Aizat Razak dan Mohd Khairul Azuan .

aku memang nak join kelas mereka berdua ni. tapi tak sempat -sempat.

tuan aizat razak ni turun beratus kilo. Power gila . motivasi dia yang kuat hadapi mental lebih mencabar.

tuan khairul azuan ni lak, dietitian dari UM . DIa memang pakar lah kalau bab pemakanan ni, pesakit dia pun memang orang diabetis yang perlukan nasihat pakar pemakanan.

dalam dunia pemakanan ni, kita panggil dia sifu pemakanan.

korang nak belajar cara betul, ada komuniti lebih kuat untuk beri motivasi. join lah mereka berdua ni. follow mereka.
.

.

follow juga aku
abang lemon
Safuan Borhan

auckland , new zealand
2.38 AM

7 Cara Ajar Pasangan Korang Menguruskan Kewangan

7 Cara Ajar Pasangan Korang Menguruskan Kewangan
***************************************************

Tuhan biasanya menemukan seseorang untuk melengkapkan kita. Jika pasangan kita gila modified kereta je manjang, pasangan dia mesti bijak menguruskan kewangan.

Jika pasangan kita gila duk beli baju online, baju dua almari lepastu boleh kata takde baju nak pakai lagi, pasangan dia mesti power kawal kewangan. Simple.

Kalau dua-dua ada kesedaran tu untung lah. Rezeki tu.

Jadi, apa yang kita boleh buat untuk ajar dan bagi kesedaran kepada pasangan kita tentang pengurusan kewangan?

1. Ajar Cipta Matlamat Kewangan

Pengurusan kewangan yang baik membabitkan matlamat kewangan jangka pendek, sederhana dan panjang.

Untuk permulaan, bina matlamat paling senang nak capai. Contohnya RM600 dalam sebulan. Jadi, RM20 setiap hari. Bila dah capai apa yang dibuat, ia akan rasa semangat nak menyimpan lebih lagi.
.

2. Ajar Simpan Sebelum Berbelanja

Ajar si dia untuk simpan sebelum berbelanja. Contohnya gaji RM2000. Simpan siap-siap RM200. Kalau rasa berat, cuba simpan RM100 sebulan.

Jika membelanjakan semua pendapatan terlebih dulu dan ada lebih baru simpan, tu boleh mencipta masalah kewangan yang kronik pada masa akan datang.

Ajar dia gunakan formula ini:

Pendapatan – Simpanan = Belanja.
.

3. Ajar Supaya Tangguhkan Kehendak

Jika si dia menggelupur nak IPhone 7, korang banyakkan azan di telinga dia. Korang ingatkan dia tu dah la ada PTPTN tertunggak. Ajar dia supaya ada tabiat delay gratification iaitu menangguhkan kepuasan.

Tangguhkan seketika. Simpan duit dan belilah. Harga pun makin turun. Dah jimat berapa dah.
.

4. Ajar Supaya Berbelanja Dengan Bijak

Ajar dia buat bajet belanjawan bulanan. Catat segala perbelanjaan. Berbelanja dengan bijak ni boleh dibuat dengan membandingkan harga. Beli masa promosi atau dengan harga borong. Buat senarai barang yang nak dibeli, takde lah korang dua tiga kali ke pasar raya.
.

5. Ajar Tentang Keperluan vs Kehendak

Keperluan-keperluan asas hidup iaitu untuk makan, minum, pakaian, tempat tinggal, pendidikan dan kesihatan.

Kehendak ni macam nak kereta mewah, telefon canggih, iPhone 7, travel luar negara ataupun lepak minum setabak.
.

6. Ajar Tentang Risiko Kewangan

Risiko kewangan adalah sesuatu yang tidak dapat dihapuskan sepenuhnya. Bagi kesedaran tentang kepentingan takaful dan risiko pelaburan. Kadar keuntungan kad kredit sangat tinggi. Jadi, tak perlu guna kalau boros.

Kalau dia banyak hutang apa jadi. Terangkan tentang CCRIS. Kalau dia tak bayar hutang apa akibatnya. Apa itu muflis dan kesan muflis.
.

7. Ajar Tentang Pelaburan Yang Bijak

Ajar dia tentang pelaburan yang senang seperti melabur di ASB dan Tabung Haji disebabkan unit berharga tetap. Jadi, korang tidak akan rugi.

Bila tengok duit makin bertambah dan membiak, keseronokan tu ada. Rasa sayang nak belanja sakan.

***

Itulah sedikit sebanyak yang korang boleh ajarkan pada pasangan korang tentang pengurusan kewangan yang lebih bijak.

Jika pasangan korang ada masalah kewangan, bukan dia je terbeban. Kau pun akan terbeban sama juga. Jadi sama-sama belajar ke arah menguruskan kewangan yang lebih baik.

Nak lebih lagi kalau ada seminar ke, pergi dengan dia. Ajak dia sekali. Golongan macam ni memang tak nak baca buku tentang pengurusan kewangan dah. Benda yang gua tulis ni pun merungut kata panjang. Apa yang kau boleh buat ialah ajar melalui teladan. Kah!

SHARE l TAG Insan Yang Tersayang 😊

[ASY]

Hidup itu ujian

Kadangkala, Allah SWT berikan kita kemewahan, kita beroleh Isteri Yang Cantik, Anak-Anak Yang Mendamaikan Jiwa. Sehingga membuatkan kita lalai hakikat Hidup Di dunia Ini hanyalah sebuah tempat persinggahan.

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu dari mengingat Allah. Barangsiapa yang membuat demikian maka mereka itulah orang-orang yang rugi.”
(QS. Al-Munaafiqun: 9)

“Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, yaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (Surga).”
(QS. Ali ‘Imran: 14)

Hinggalah Ada yang ditimpa musibah dan penyakit,misalnya bertemu Dengan Sang Doktor, Lantas dikhabarkan bahwa hayatnya hanya berbaki 3 bulan kerana penyakit kritikal yang menimpa. Di saat itu Gelaplah segala impian dan cita-cita masa hadapan di dunia. Apa yang kelihatan hanyalah Bagaimana soal jawab bersama Malaikat Di Alam Kubur & seterusnya di alam akhirat.

Oleh, itu, bersedialah Kita sebelum sampai waktu yang pasti menanti buat kita.

Ingatlah! Bersama Nikmat, Adanya Tanggungjawab!

Umrah Februari 2017 Ustaz Ahmad Hasyimi : Bersama Nikmat, Adanya Tanggungjawab!

Thursday, March 2, 2017

Ilmu Allah itu hebat

Menantu yg pertama adalah s eorng doktor manakala menantu kedua kerja kampung sahaja.
Ibu mertua amat memandang hina pada menantu kedua kerana cuma bersekolah pondok.
Dengan niat yg jahat, ibu mertua mengajak kedua2 menantunya ini ke bandar bersama.
Dalam perjalanan,ibu mertua ternampak angsa mengejar budak dengan bunyi yg cukup kuat. Lalu ibu bertanya kepada menantu pertama ...

"Wahai menantu kesayanganku. kenapa suara angsa begitu kuat?"

Lalu menantu pertama mjawab ...

"Mengikut kajian saintis, lehernya panjang, jadi dia boleh simpan banyak udara.sebab tu bunyi dia kuat."

Ibu tersenyum gembira dgn kebijaksanaan menantu pertamanya.
Lalu ibu mertua dgn nada kasar btanya kpd menantu kedua ...

"Apa jawapan kau?"

Menantu kdua itu mnjawab ...

"Ini semua kuasa ALLAH."

Ibu mertua trus bkata ...

"tu sajalah jawapan kau.mcm tak sekolah!"

kemudian sambil menuju keluar kampung ibu mertua ternampak itik berenang. Lalu dgn nada lembut, dia bertanya kepada menantu pertama

"Kenapa itik boleh terapung, nak?"

menantu yg pertama mnjawab ...

"mengikut kajian sainstifik, bulu itik dpt mengumpul udara di celah2nya. sebab tu dia dapat apungkan badanya.
lalu dia bertanya pula kpd menantu kedua soalan yg sama.

jawabnya "kuasa ALLAH, mak."

dengan muka tension ibu mertua terus berkata ...

"Menyampah!"

setelah hampir sampai ke bandar, ibu mertua ternampak seorng lelaki tua sedang menunggu bas sambil memakai kopiah.apabila dibuka kopiah tu, ternampak kepalanya yg botak tengah.
lalu ditanya pada menantu yg pertama ..

"mengapa kepala pakcik tu botak tengah?"

menantu yg pertama menjawab ...

"mengikut kajian sainstis, pakcik tu selalu pakai kopiah; jadi kepalanya jarang kena pancaran matahari; sebab itu sel rambut mati.

Ibu mertua terus bkata ..

"Kau dengar tu. orng yg belajar tinggi; jawapannya semua lengkap. ko bila ditanya, jawapan ko semuanya kuasa ALLAH. Bodoh!"

setelah sampai ke bandar dan selesai urusan semua mereka pun pulang ke rumah & makan bersama.
Semasa di meja makan, si ibu menceritakan semua kepada anak2 perempuannya.
dia berkata ...

"Menantu mak yg pertama memang bijak. yg kedua tak boleh pakai."

menantu yg kedua terus bersuara ...

"Mak. Semua jawapan menantu pertama mak tadi semua tak betul."

Ibu mertuanya dengan marah berkata ...

"Alah! Depan bini nk tunjuk pandai. kalau kau pandai, apa jawapnnya?"

lalu menantu kdua itu pun mnjawab ...

"Ini semua kuasa ALLAH. Mak dengar apa yg sy nak terangkan ni.

Soalan pertama sebab apa angsa suara kuat pasal leher panjangkan?

cuba mak dengar suara katak selepas hujan; sekampung dengar.Sedangkan katak tu langsung tiada leher.

Kedua. itik bulu banyak; sebab tu boleh terapung kt air. Itu jawapan menantu kesayangan makkn?

Abis tu, feri kt laut tak bulu pon kenapa boleh terapung?

Yang ketiga. rambut pakcik tadi tak tumbuh sebab selalu pakai kopiah; jadi kepala tak kena pancaran matahari; sebab tu sel matikan?

Abis mak hari2 pakai spenda,siap pakai kain lagi kat luar.kenapa bulu tumbuh jugak?

Ibu mertua terus menundukkn muka dan terdiam.

menantu keduanya berkata ...

"Ini semua kuasa ALLAH. DIA Maha Segalanya. Kita ni tak bijak mana pun. Jadi, jangan riak sangat & suka menghina orang lain."

Terus si ibu mertua menangis dan meminta maaf pada menantu keduanya itu...

MORAL:
Ilmu dunia belum tentu menjamin kita selamat didunia,tetapi ilmu agama dapat membantu kita selamat didunia dan akhirat.

Cermin peribadi , ilmu itu luas jgn terkongkong pd Satu idea...Ikut pd tempat

Allah lbh bkuasa.
Just copy n paste utk ilmu pd diri kita.
...In Sha Allah