Monday, March 27, 2017

Ilmu cia cia cia

Ilmu cia cia cia ini bukan payah sangat pun. Senang sahaja. Cuma kaitkan perbezaan atau persamaan dengan sesuatu objek.

Tidak perlu pergi jauh. Cuma lihat sekeliling. Apa yang kita nampak, tangkap. Sematkan dalam minda. Dan ligatkan sedikit otak untuk berfikir.

Kata mahu cinta dan kasih sayang. Ilmu memikat ini tinggi nilainya.

Ok. Contoh, kita nampak jam. Kaitkan perbezaan atau persamaan dengan jam.

"Apa persamaan jam dengan awak?"

"Jam berdetik di dinding. Awak berdetik di hati saya."

Ha nampak. Lagi, cuba tengok apa yang ada di sekeliling. Oleh sebab saya sedang berbaring, saya nampak kipas.

(Perlahan pula kipas ini. Habuk kot).

"Apa persamaan kipas dengan awak?"

"Kipas berpusing di siling. Awak berpusing-pusing dalam hati saya."

Ha, senang kan.

Kaitkan dengan apa sahaja. Lampu, dinding, kain, motosikal, jalan, awan, pokok, rokok, duit, kereta, cendol, baju, kasut, ah semualah.

Cendollah pun boleh?

Boleh.

"Apa perbezaan cendol dengan awak?"

"Cendol membuatkan kerongkong saya sejuk. Wajah awak membuatkan hati saya menjadi sejuk."

Ha begitu.

Selamat mencuba.

No comments:

Post a Comment