Kitab Membangunkan Org2 yg Terpedaya
17.10.2014
1. Kepentingan mengasingkan diri dr manusia
yakni beruzlah utk menjaga agama drpd dirosakkan. Hidayah agama ini terlalu
agung serta anugerah umur yg terlalu singkat utk disia2kan.
Beruzlah spya kita mperbykkan masa utk
menjalin hbgn dgn Allah berbanding hbgn dgn manusia.
2. Ibrahim bin Adham ketika ingin mziarahi
seorg ulama, Sulaiman Al Khawwas lalu Sulaiman menghilangkan diri kerana
bimbang akan bcakap sesuatu yg sia2. Walhal kedua2nya sama hebat ilmunya namun
demi menjaga redha Allah berbanding pandangan manusia.
3. Kata seorg ulama, kami knl org2 yg tdk pnh
btemu tetapi saling menyayangi. Contohnya dlm menyintai org2 alim dam soleh.
Kita susah @ jarang utk btemu dgn org2 soleh ini.
Namun jika btemu, dibimbangi akan tdedah suatu
keaiban dirinya maka kita mula akn memandang rendah pdnya. Kdgkala tdk btemu
itu jauh lbh baik drpd bjumpa. Kita memerlukan masa utk mgenali dirinya dgn
sebenar. Akhir sekali barulah kita mgetahui ketaqwaan dan benarnya dia dgn
Allah.
4. Tdk blh seseorg mengasingkan diri dlm
ibadat melainkan utk bertafakur dlm agama yakni mendalami ilmu agama. Ia
memerlukan suatu suasana yg bebas dr segala gangguan dunia.
Asingkan diri dr manusia dgn tujuan utk
belajar agama shj, bkn tujuan utk beribadat. Ia mudah tjebak dgn tipu daya
syaitan. Akhirnya mereka mula mengaku menjadi wali dsb. Ulama2 mengambil
peluang bertafakur utk mengarang kitab2 shingga bpuluh2 jilid.
5. Sebaik2 tmpt adlh rumah kamu. Sabda Nabi
saw "Hendaklah kamu byk berada di rumah kamu". Namun kita lbh byk
mhabiskan masa di luar dgn bergaul dgn kwn2. Dan ia akan tdedah dgn mengumpat,
mdedahkan keaiban, bercakap keterlaluan.
Terutamanya skrg ini adlh zaman yg susah utk
kita btemu org bertaqwa dan kwn yg suka menasihati kita melainkan kwn ini akan
dipulau. Kita lbh byk kwn2 yg suka mengampu yg akan menjadi musuh kita di
akhirat kelak.
6. Uzlah itu wajib pd zaman yg semakin rosak
utk myelamatkan agama kita. Antara 5 perkara yg penting dlm Islam adlh menjaga
agama. Biar ada batasan dlm pergaulan even berkawan di alam maya.
7. Manusia ini suka mencuri akal kita yakni
kita mudah dipengaruhi bila mana kita bsama kawan2. Akal hnya berfungsi apabila
kita bsendirian.
Akal kita akan hilang bila kita terlalu byk
menghabiskan masa dgn kwn2. Akhirnya dgn mudah kita cenderung kpd kebatilan spt
melakukan dosa dan maksiat kerana mengikut kawan2.
Org yg sentiasa bersendirian sbnrnya mampu utk
menghafal 30 juzuk Al Quran. Itulah sbnrnya keajaiban akal.
8. Bila byk bergaul dgn manusia, kita juga akan
mengharapkan manusia tnpa mengingati bahawa Allah lbh berkuasa. Ini akan
terhijab apabila kita byk bergaul dgn manusia.
9. Kita tdk akan mdpt redha Allah bila kita
bkawan dgn org zalim. Jgn kamu cenderung yakni cukup sekadar suka pd org zalim
even tdk berkawan. Apatah lg bila org zalim menjadi pemerintah.
Org zalim ini musuh Allah dan sentiasa
dimurkai dan dibenci oleh Allah melainkan kita berniat utk menghalang
kezalimannya. Jalan yg paling selamat adlh tdk bertemu dgnnya.
10. Dimana keimanan kita apabila dia menzalimi
mana2 makhluk Allah apatah lg bila dia menzalimi kita? Fikirlah apa yg kita
akan jawab di hadapan Allah kelak bila kita kecenderungan utk bersama org2
zalim.
Kesilapan umat Islam apabila melihat kezaliman
itu tdk terkena pd dirinya. Ia tdk peduli apabila org lain dizalimi walhal
nyawa seorg yg beriman itu amat bernilai.
11. Cukuplah kita dianggap mengabaikan anak2
yatim apabila kita tdk amik peduli ttg dirinya. Ia adlh hak anak yatim utk
dibela. Anak yatim adlh mereka yg kehilangan ayah.
Tugas ayah adlh utk mendisiplinkan diri anak2
dan memelihara akhlak anaknya. Masyarakat perlu mengambil berat spya anak yatim
tdk terbiar dan terlibat dgn jenayah.
12. Tdk blh mengasingkan diri dr manusia
selagi kita belum mencapai tahap ibadat yg maksimum. Kita perlu benar2 kuat utk
beruzlah dlm membina hbgn dgn Allah. Jika tdk, dibimbangi akan mendatangkan
fitnah dan kemudharatan.
13. Tdk semua org blh beruzlah melainkan ia
sudah mendalami firman Allah dan hadis Nabi saw seolah2 ia bercerita dan
bercakap secara langsung dgn Allah dan Nabi saw. Seluruh bicaranya hnya
menyebut firman Allah dan hadis Nabi saw.
14. Uzlah adlh suatu bentuk ibadat yg
memerlukan mujahadah. Bkn calang2 org yg mampu beruzlah melainkan mereka yg
diberikan kekuatan dan keazaman oleh Allah.
Bg org awam spt kita,cukup sekadar beruzlah
dgn memilih kawan2 di sekeliling kita dan menjaga batas pergaulan. Update
kawan2 kita setiap hari demi menjaga dan menguatkan agama kita.
Wallahua'lam
No comments:
Post a Comment